CAHAYA KEMULIAAN

Cahaya Kasih Sayang Tuhanku itu lembut, Dia tidak akan pernah membiarkan Hamba-Nya menangis bersendirian.

ABAH

Filed under: Uncategorized — nurfakhzan at 12:32 am on Saturday, May 31, 2008

Dari semalam lagi mahu post ini, tapi nya tiada kekuatan lagi. Tapi hari ini, selepas dibangkitkan oleh SMS Putri, dan melihat indahnya biru langit – post saja deh!



Salam Pembaca yang sangat-sangat dimuliakan..

Aku dididik oleh lelaki yang sangat ku cintai ini. Pastinya aku anak ‘experiement’, kerana aku kakak sulung. Trial and error orang kata. Aku memang anak yang degil, selalu tidak makan saman. Kata-kata Abah selalu ku bantah, segala keputusan hidup ku, ku ambil haknya dari tangan Abah.

Dek kerana malas mahu menyusahkan Abah, aku bertekad mahu menaiki bas ke Bota mengambil keputusan PMR bersama-sama rakan baik ku. Menaiki bas lompat sebanyak 4 kali, sesungguhnya menyeronokkan. Pertama kali dilepaskan. Aku tidak sedar bahawa dengan tindakan tidak mahu menyusahkan Abah itu, telah menghancurkan hatinya. Aku pulang sangat lewat, bukan apa, maklumlah, menaiki empat bas semasa pergi, empat bas semasa pulang, bukan kah mengambil masa? Itu logika ku, tidak pada Abah. Ku ingat lagi, sewaktu bersalaman dengan Abah di muka pintu, waktu mahgrib, muka nya mencerut, cengil, masam, marah. Tidak sepatah kata dilemparkan pada ku, kecuali kamu balik lewat mengapa? Tanpa menunggu jawapan Abah berlalu ke surau. Hati ku menggigil, kerana tidak ku fahami apakah amarah nya itu justify. Lalu adik-adikku yang turut memarahi aku kerana aku pulang lewat (padahal ini baru pertama kali aku pulang lewat – dan aku tidak pernah berpoya-poya) telah menceritakan pada ku – Abah marah-marah kamu tahu Kak, risau kamu belum pulang, Abah azan di empat penjuru, kemudian membaca du’a di muka pintu. Tup-tup kamu sudah pulang.

Bayangkan, aku boleh pindah sekolah tanpa kata putus dari Abah, lelaki yang paling berhak mengatur hidup ku. Satu Maghrib pada tahun 1994, aku pulang dihantar oleh ayah rakan karib ku yang tinggal setaman, bersama-sama semua barang-barangku yang telah ku kemas dari asrama. Tidak terbayang kekalutan dan keterperanjatan di wajah lelaki Abah. Ku ingat lagi, ku beri salam diluar rumah, sewaktu Abah sedang mengalunkan du’a, bersama-sama seluruh keluarga ku yang menjadi jemaah. Waktu ku hulurkan tangan untuk bersalam dengan ketua keluarga ku ini, tangan ku agak menggigil, hati ku lagi menggigil. Takot deh. Tiada sepatah kata.

Surat

perpindahan sekolah ditandatangani oleh Emak. Semua urusan perpindahan diurus oleh Emak.

Keputusan mahu pergi ke luar Negara jua dibuat oleh hati ku. Abah mahu aku ke Negara timur tengah, hati ku memberontak sekali. Aku menolak tawaran ke USA demi Abah, ku kira wajar aku menerima lamaran ke UK, walaupun sedangkan semasa itu aku sudah berada di dalam program ke NZ, aku sudah bertekad mahu berhenti dan pindah ke PPP UiTM. Dihari sepatutnya aku mendaftar, sewaktu aku menelefon Emakku, menanyakan bilakah mereka akan tiba mahu mengambil dan menghantarku, Emak bertanya dengan lembut -  benarkah kamu mahu pergi

UK

? Malam tadi Abah solat hajat meminta Allah melembutkan hati kamu meneruskan program ke NZ.

Sewaktu di jengka, pertama kali nya kereta Satria membuat hal, aku telah menghantar nya ke mekanik tanpa memberitahu Abah. Konon-kononnya tidak mahu menyusahkan Abah. Dan setelah selesai segala urusan, barulah aku menelefon Abah memberitahu perkembangan semasa Satria itu. Dan tahu apa kata Abah? Kamu hantar kereta kenapa tak tanya Abah dulu?

Dan sewaktu aku mahu ke UK, dengan penuh cabaran dan dugaan sebelum dan selepas, yang tidak bisa dan tegar untuk aku menceritakan pada kalian, pernah jua aku terlepas kata, tidak mengapa, biarkan semua urusan-urusan ku, ku uruskan sendiri, dan kata-kata Abah yang akan ku ingat sampai mati – Kamu sudah tidak perlukan Abah.

Jatuh menitis-nitis air mata ku. Kata-kata itu sahaja meruntuhkan benteng kekuatan emosi ku. The words sum up everything about his current feelings towards me.

Tidak! Mana mungkin aku tidak perlukan mu Abah, walhal dalam setiap perkara dalam hidup ku, selalu sahaja ku rujuk pada mu! Cuma atas nama tidak mahu menyusahkan Mu, selalu sahaja semua perkara ku buat sendiri. Tidak ku tahu, Abah akan beranggapan begitu.

Kalian yang tidak pernah berjauhan beribu-ribu batu ini, jangan mudah mengagau perasaan kami. Kalian yang tidak pernah berkeseorangan ini, jangan mudah mengambil enteng perasaan rindu kami terhadap ayah bunda. Kalian yang tidak pernah hidup di rantau orang yang sangat penuh cabaran dan dugaan ini, jangan mudah mengambil kesimpulan kerana ini keputusan kami, ya, tangung saja akibat dan musabab nya.

Aku kangen sekalik sama Abah. Dia major economics semasa di universiti, aku tidak sangka bahawa aku jua meneruskan perjuangan itu. Aku mengambil keputusan untuk membuat Labour Economics, menjurus pada Immigration, kerana aku jua immigrant. Datuk ku immigrant, nenek ku immigrant, cumanya Abah dan aku lahir diMalaysia, makanya kami berhak menjadi warganegara.

I’m always hurt when people are mocking and jerking about the Indonesians workers. It is sickening. I’m Indonesian in a way. I have lots of relatives in Jawa Barat. Step-cousins. Lots. Apakah mereka dipandang hina kerana mereka pendatang? Sebelum menghina mereka yang berjuang mencari rezeki ditanah Tuhan ini, cari dulu susur galur mu, siapakah nenek moyang mu, adakah orang asli Tanah Malaya?

Dan adakah kamu berani mengatakan tanah itu, hak milik mu yang sebenar nya? Rezeki itu, kamu punya sebelum dirampas oleh orang-orang asing? Mereka bukan penjajah yang harus dihalau, mereka perantau. Mereka dihalau oleh kemiskinan tegar dinegara mereka sendiri, yang kalau ikut pengamatan ku, ia disebab oleh kombinasi penjajahan dahulu dan sikap tamak haloba para pemimpin mereka.

Ya, hati-hati ya semasa menghina bangsa asing, kerana saya juga sebahagian dari bangsa itu, Abah ku jua, 100% darahnya adalah bangsa Jawa, dan kamu, kalau menifestasi Kun FayaKun dari Tuhan, boleh saja berkahwin atau jatuh cinta dengan salah seorang bangsa ini.

Jangan main-main ya, kami berketurunan Nabi. Nenek moyang kami Nabi Adam s.a. Kami jua punya Tuhan Maha Gagah, akan saya adukan semua hal-hal menimpa kami, akan saya minta Tuhan saya Yang Penyayang ini membalas nya bagi pihak kami.

Arghhh Kangen

FIGHT

Filed under: Uncategorized — nurfakhzan at 4:28 pm on Thursday, May 29, 2008

Bismillahir-Rahman nir-Rahim

Salam Pencinta Kebenaran,

Moga-moga kamu berada dalam jalan-Nya. Meskipun pahit untuk tetap berada dijalan-Nya, saya du’akan kita sama-sama tetap melangkah, biar mungkin terpaksa mengesot, atau merangkak, tetaplah kedua belah kaki mu, sahabat. Biarkan magis du’a-du’a kita berterbangan di angkasa raya.

Saya sangat suka siri Grey’s Anatomy. Iya, cebir saja, saya juga kurang pasti mengapa saya sangat-sangat menyukai siri ini. Penuh dengan adegan yang sangat-sangat lucah, tapi jalan untuk menghindarinya nya mudah deh, lajukan saja, atau tutup mata. Jangan ambil kira tentang itu, lihat saja dalam perspektif berbeza. Banyak sahaja pelajaran hidup yang saya kutip dari siri itu. Mahu tahu? Jangan ditanya saya, saya kan aneh-aneh sahaja. Mungkin pandangan saya tidak selari dengan kamu. Tonton sahaja dulu deh…

Dan musim ke-empat sudah habis. Saya terpempan dengan siri akhir musim ini. Penuh dengan adegan (eeii…betoi ker gue eja nih? Ker adengan?) yang memualkan, menjijikkan, dan menjauhi norma-norma manusia beradap. Tapi bukan itu yang saya mahu bicarakan, saya mahu bicara tentang lagu yang menjadi tema episode akhir ini. Lagu ini -  The Quest , dinyanyikan oleh Bryn Christopher.

Izinkan saya kutip liriknya –

What I’m gonna live for
What I’m gonna die for
Who you gonna fight for

Kepada pembaca yang dihormati -  bolehkan saya bertanya dengan sejujurnya -  apakah yang tujuan hidup kamu ini? Set aside the Islamic things, the muslim things, because the answers seem cliché, what drive you to live? Answer honestly, I dare you.

What’s you are gonna die for? Again, if you dare, ask yourself, what is it? What will you do your best to achieve for? Ask yourself, and let yourself answer it honestly, without reservations, without hesitations, without faltering. You know the answer. Trust me. You know. There’s no uncertainty what it will be then. Will it a relationship? A friendship? Honour? Trust? Respect? Love? Faith? It seems to me, there are lots of things worth fighting for.

Who you gonna fight for (urghh…I think, there’s a grammar mistake there). This is a simple enough question. (Put aside your family, they are the ultimate one). Answer me. But you are not brave enough to answer that question.

And you are not courageous enough, not valiant enough, not bold enough, not daring enough, not heroic enough to fight for …

Because if you be honest to yourself, you won’t have any hesitation to fight for … and as bold as you are claimed to be, you will, eventually, have enough courage to fight for…

BE BRAVE DEH

WENG?

Filed under: Uncategorized — nurfakhzan at 1:38 pm on Wednesday, May 28, 2008

Bismillah hirRahman nirRahim..

Salam Pencari Kebenaran.

Serasa mati hati ku untuk menulis lagi. Menulis memerlukan kesabaran yang tinggi. Daya jitu yang kuat. Dan bahan-bahan yang mampu merubah hati dan kehidupan. Menulis perlu sesuatu yang solid, kerana setiap apa yang ditulis, akan dipertanggunjawapkan kelak. Dan aku, mampukah menjawap – Ohw Tuhan, aku cuma menulis kerana aku ingin menulis? Bukan kerana Mu? Bukan untuk dikenali ramai dan menjadi bahan perbualan dan kejian, lebih-lebih lagi masyarakat langit, nauzubillah.

Iya, sebentar ya Pembaca yang dimuliakan, mahu membetulkan niat hati.

Mampukah aku belajar demi-Nya? Bukan kerana tuntutan kerjaya, mencari imej dan nama, dan harta? Mampukah kajian ku kelak digunakan dalam policy making? Mampukah kajian ku ini memperbaiki keadaan masyarakat yang semakin parah? Mampukah aku menjadi pensyarah yang hebat, yang mampu membimbing anak muda ke jalan yang benar?

Mampukah aku bersahabat demi Mu Tuhan? Mencintai nya demi-MU? Membimbingnya demi-Mu? Berkorban apa sahaja demi-Mu? Menasihati nya demi-Mu? Berdu’a untuk nya, hanya semata-mata demi Kebesaran-Mu?

Mampukah aku menonton TV demi-Mu Tuhan? Mencari-cari pelajaran berharga dalam setiap episode yang ku lihat dan mengaplikasinya demi-Mu? Melihat dari pelbagai sudut yang akhirnya akan menghampirkan ku kepada-Mu?

Mampukah aku melihat semua kejadian alam dan bersyukur kepada-Mu? Melihat bunga biru dan ungu yang menyanyi zikir yang lansung tidak ku fahami ?

Mampukah aku bernafas dan nafas ku ini hanya untuk-Mu? Melangkah hanya untuk-Mu? Makan hanya untuk-Mu? Membaca, mendengar dan berbicara demi untuk-Mu? Menangis demi-Mu? Ketawa demi-Mu? Senyum demi-Mu?

Dan solat ku, adakah benar untuk-Mu? Sedekah ku, zakat ku?

Mampukah aku melakukan apa sahaja demi-Mu?

p/s – weng as I haven’t see the sun for almost 3 days, and the weather prediction is horrible, it will be raining until weekend. God, please send a flight ticket to Sydney. Thank you.

AMENDS

Filed under: Uncategorized — nurfakhzan at 3:41 am on Wednesday, May 21, 2008

Bismillahhir-Rahman nir-Rahim…

Salam Pencinta Kebenaran (Macam kenal la plak ayat nih, tapi tak ingat katne la plak ku culik)…

I wrote yesterday’s entry in a satirical way. It is going to mock lots of economics theories, therefore, dont take it literally please. The men are already dead, and they were the founders of the great theories, which make my head spins in order to grasp the fundations of the conceptual theories. And after this, like any other phd’s structure, I’m going to look into the empirical results of the great studies.

Before I’m off, this entry is going to be long, bear with me, because IT IS A TRUE STORY. Wish I am part of it, one day. Ya RAsullullah, saksilah aku sangat mencintai mu! Du’akan saya disini. Salam Sayang

Kisah pertama (didengari sendiri oleh Al-Bazrah - adik ipar Mahyuddin):

[FIL76.JPG]

Dia masih terkenangkan mimpinya yang pertama didatangi wanita mulia puteri Rasulillah s.a.w. Selepas selesai wuquf di Arafah, dia masih mengharap-harap Puteri baginda sudi untuk menziarahi dirinya lagi. Semenjak kecil, dirinya kontang kasih sayang. Bonda telah lama meninggalkan dirinya sendirian, hendak diharapkan ayah, bagaikan menunggu kucing bertanduk. Ayah mencari kehidupan lain, berkahwin kemudian cerai, berkahwin kemudian cerai. Sungguh dia membawa diri ke Tanah Suci pada musim haji lalu. Mengaku di hadapan Allah segala kekurangan dan kesilapan diri. Hatinya yang gersang kasih sayang ibu dan bapa mahupun saudara, mengintai-ngintai andai ada setitis cinta yang dapat meratai seluruh roh dan nuraninya. Segala-gala bagai terubat, tatkala Siti Fatimah al-Zahra, Puteri kesayangan Baginda s.a.w merenung dan membelai ubun-ubunnya. Ciuman seolah memujuk seorang anak oleh seorang ibu juga telah dihadiahkan kepada dirinya, sebelum dan setelah wuquf. Hilang segala dukacita, dia kembali dengan jiwa yang dipenuhi kasih, ia kasih puteri Rasulillah s.a.w.

Mendengar kisahnya, berdiri bulu roma saya. (http://albazrah.blogspot.com/)

Kisah Kedua (diculik dari albazrah blog-tapi nya saya culik juga bulat-bulat dan letakkan disini http://ummulbarakah.blogspot.com/2007/08/mimpi-bertemu-mu.html)

Bismillahi Rahman ar Rahim…

Alhamdulillah, Segala - gala puji hanya bagi Allah.Kesempatan menghadiri majlis zikr beberapa minggu yang lepas menyegarkan ingatan pada kekasih Allah, habibuna Rasulullah saw. Apatah lagi saat mendengarkan lantunan Maulid Ad – Dibaie yang indah, dikelilingi pula para habaib yang mana silsilah keturunan mereka sampai kepada Nabi Muhammad saw. Selawat dan salam moga senantiasa tercurahkan ke atas Rasul utusan Allah, pada tiap kerdipan mata dan hembusan nafas, sebanyak segala sesuatu yang terhitung dalam pengetahuan Nya .

Dan tiba- tiba ingatan ini melingkar pada pengalaman hampir setahun yang lepas, peristiwa yang memberi satu isyarat bahawa , tiada yang mustahil, segalanya mungkin dengan izin Allah jua… !

Inginku nukil sebuah kisah seorang insan pilihan Allah yang diberi kesempatan bertemu baginda Nabi melalui mimpi pada tarikh keramat 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 Ogos 2006.
Moga – moga tulisan yang hina ini mampu menjentik hati- hati mereka yang cintakan Nabi.

Diri ini jauuuuuhh sekali dalam menyelami hakikat, apatah lagi ingin tenggelam dalam makrifat. Tidak layak rasanya utk menulis, namun berbekalkan rasa kasih yang teramat pada Rasulullah, moga disitu ada manfaatnya, Insya Allah.

Saya menerima berita dari seorang sahibah dan berita itu heboh dikalangan kami bahawa ada seorang kakak yang dipilih Allah untuk mimpi bertemu Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah, selepas menerima berita gembira yang mengejutkan itu, saya dan dua orang sahibah mengatur ziarah ke bilik beliau di Mahallah Safiyyah dalam debar dan tidak sabar…

Pintu dikuak selepas kami memberi salam dan syukur, kakak tersebut muncul, lalu mengajak kami untuk duduk di ruang tengah bilik yang lebih luas. Subhanallah,
kami disambut dengan wajah yang berseri – seri. Sebenarnya kakak yang saya maksudkan sudah lebih kurang setahun menanggung sejenis penyakit yang tidak tahu apa puncanya. Dia diuji dengan sakit yang rasanya seperti ditikam – tikam dengan pisau dibahagian belakang badan. Pernah satu ketika beliau muntah bersama segumpal rambut yang keluar dari kerongkong. Selera makannya hilang sehinggakan berat badannya susut sehingga 13kg. Agak lama juga beliau tidak ke kelas kerana sakit yang ditanggung membuatkan beliau tidak mampu untuk berdiri mahupun berjalan. Beliau juga menguatkan diri untuk berwudhu dalam 2 hingga 3 kali sehari dan wudhu itu dijaganya dengan baik untuk ibadah sepanjang hari… ( Subhanallah..)

Dan…pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir ke kuliyah. Beliau bangun
kira – kira jam 4.30 pagi untuk solat. Beliau menggagahkan diri yang lemah, memapah dinding dan apa yang dapat membantu beliau untuk berdiri. Selesai berwudhu, beliau jatuh tersungkur, seperti ada yang menolak keras dari belakang.Pada waktu itu, beliau sudah tidak mampu berdiri, hanya mampu untuk merangkak perlahan ke bilik.Beliau kemudiannya rebah dibahagian depan bilik. Mungkin disebabkan sakit yang tidak tertanggung, beliau spontan meniatkan “Ya Allah kiranya mati itu baik untukku, Aku redha…tapi kiranya Engkau inginku terus hidup,aku ingin mendengar kata – kata semangat dari Rasulullah saw sendiri..

Beliau kemudiannya pengsan, Pada waktu itu sahabat – sahabat sebilik runsing kerana kondisi beliau dalam keadaan yang amat membimbangkan. Masing – masing tidak putus dengan doa. Kira – kira jam 11 pagi, dalam tidur itulah……..


beliau bermimpi sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat,dan berada di sebuah tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Seperti diceritakan beliau, tiba – tiba hadir seorang insan dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira – kira dalam jarak 2 meter. Wajahnya tidak dapat dinukil dengan kata – kata. Cantik , mendamaikan, seindah – indah kejadian dan sakit yang ditanggungnya terasa lenyap. Kakak itu tertanya – tanya. Siapakah insan istimewa ini ? Dan kemudiannya Hamba Allah itu mengatakan “ Assalamualaikum.. Ana Rasulullah…” Subhanallah baginda Nabi rupanya !
Dari ceritanya, Baginda Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau, diselempangkan di atas bahu baginda.

Sempat saya bertanyakan tentang janggut Baginda Nabi dan kata kakak tersebut, Beliau nampak dgn jelas akan mata Baginda Nabi yang mulia, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi”, (enti (kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi) - Allahuakbar !

Saya nukil dari cerita kakak itu lagi…

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu’alaihiwasallam berkata: QalAllahu Ta’ala; “InnaAllaha ma’assobirin”, - ‘Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa seakan bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Katanya lagi, walau pun baginda hanya membaca sepotong dari ayat Al Quran, tapi oleh kerana keindahan dan keelokan bacaan Nabi, bacaan tersebut terasa terlalu istimewa dan sungguh sempurna.( Bukankah kata Ummul mukminin Akhlaq Baginda saw adalah Al Quran ) Nabi kemudiannya memanggil nama kakak itu dan berbicara,


“ Dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana”. Ketika Nabi menyebut nama kakak tersebut, lantas terlintas di hatinya ‘Ya Allah,betapa Baginda kenal akan ummat Baginda’. Ya Rasulullah… Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, yang memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Ruang bilik kakak tersebut senyap dan sunyi. Masing – masing khusyuk mendengar,hanya sekali – sekala disusuli dengan pertanyaan, dan suasana yang senyap sunyi tadi berubah dengan bunyi tangisan saat kakak itu menceritakan….

Kemudian Nabi katakan, “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti…” ( Ameen Ya Allah.. ) Selepas itu Nabi kita lafazkan, “Ummati.., ummati.., ummati…”, dan kakak tersebut terlihat Nabi seakan menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi walau kakak tersebut seperti merintih “Jgn pergi Ya Rasulullah…”

Beliau katakan beliau sendiri tidak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada kita, ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih melihat kita, ummatnya di akhir zaman ini – Wallahua’lam…

Pada saat itu, bilik tersebut diselubungi rasa sayu,semuanya menyambut salam Baginda saw dan semua yang hadir menangis, mungkin juga dinding – dinding dan kipas yang mendengar turut menangis , tak mampu rasanya membendung air mata lantaran rindu pada baginda Nabi, juga saat mengenangkan betapa kita ummat yang amat terhutang budi pada baginda Nabi. Sungguh, kata – kata tidak layak dan tidak mampu bahkan tidak cukup untuk menggambarkan jasa dan kasih sayang Rasulullah pada kita…

Diceritakan lagi….

Dan….usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas menjalar ke seluruh badan dan setiap penjuru tubuhnya rasa di tikam - tikam. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. Katanya “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu’alaihiwasallam “.

Kemudian beliau tidur dan pada waktu itu beliau rasakan berada di tempat yang tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah…”.

Dengan izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau pula. Salah seorang daripadanya memberi salam dan memanggil namanya, kemudian berkata “ Rasulullah Sallalahu’alaihiwasallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasulullah SAW. “Nahnu khulafa’ ar-rasyidin”. ( Masya Allah !) Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali. Subhanallah, Saidina Abu Bakr memperkenalkan dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia !!

Saat itu kami berlumba – lumba pula bertanyakan tentang sahabat baginda yang agung.

Kata kakak tersebut lagi, apa yang beliau nampak Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar mempunyai wajah yang tegas, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali, agak kecil orangnya. ( Subhanallah…Subhanallah… Subhanallah….)

Para Sahabat mengatakan “Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.”. kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“ Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir’. Maka mereka menpelajari dari keduanya apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu”.

Cerita kakak itu lagi….

Pada saat itu kakak tersebut paling tertarik melihat Saidina Umar Al-Khattab kerana beliau membaca ayat Quran itu dgn begitu bersungguh-sungguh sampai terpejam mata beliau. Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang selalu mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitang yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, “ Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”. Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Sahabat - sahabat sebilik hairan dan pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah. Mereka kemudiannya meminta beliau berdiri dan Alhamdulilah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. katanya ‘Ya Allah, penyakit ana dah sembuh’. Semua sahabat yang ada di situ gembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah Taala “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum tentu dapat menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas ni’mat yang Engkau berikan..’

Beliau katakan pada kami, “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu.

Beliau tak henti – henti menasihati kami dan berkata.. “ Adik – adik…tak rugi jika kita bersabar…”

Alhamdulillah, beliau sekarang sembuh sepenuhnya, InsyaAllah, dari penyakit yang ditanggung hampir setahun itu (walau sebelum ini beliau berubat di merata tempat, berjumpa doctor pakar, perubatan Islam dan sebagainya namun masih tidak sembuh) dan akhirnya Rasulullah saw datang memberikan syifa’nya.

Syukur pada Allah… begitulah pengalaman berharga yang ingin dikongsi bersama, agar hati – hati kita terus melimpah – limpah dengan rasa kasih pada Rasulullah saw, di setiap masa dan ketika..Mengingati Rasulullah saw tidak seharusnya dihadkan hanya pada bulan – bulan tertentu sahaja, apatah lagi jika ‘sampai hati’ membidaahkan majlis- majlis maulid yang mana didalamnya, ada bibir – bibir yang sedang berselawat dan berzikir…ada hati – hati yang terpenuhi dengan cinta Nabi…ada mata – mata yang menangis kerana rindu…

Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan yang layak kita jadikan andalan untuk bertemu baginda Nabi. Teringat kata – kata Tuan Guru kami yg dihormati Syeikh Nuruddin Al Banjari, yang mana lebih kurang katanya, tidak mustahil untuk seseorang mimpi bertemu Nabi, kerana mungkin dengan kelebihan selawatnya atau ibadahnya atau tahajudnya, atau ujian yang menimpanya maka dia dipilih Allah untuk bertemu baginda Nabi.

Dan… andai diri miskin dengan selawat, fakir dengan tahajud, tak mampu dalam ibadah, tak berupaya dalam zikir, maka janganlah sesekali kita miskin dengan niat yang baik . Rugilah andai tak berupaya walau untuk mengandalkan secebis rasa rindu pada Kekasih Allah. Alangkah!
Mudah – mudahan hati yang terselit rasa kasih pada Rasulullah saw menjadi asbab dihindarkan Allah dari azabNya yang Maha Dahsyat ! dan kata – kata ini bukannya sekadar omongan kosong, kerana ianya bersandar pada sepotong Hadith.
Rasulullah saw bersabda. “ Sesiapa yang mengasihiku,ia akan bersamaku di Syurga….”

Dan….Akhirnya, saya memohon ampun dari Allah jika ada apa – apa khilaf berbanding dengan cerita sebenar Kakak tersebut. Setakat ini yang mampu diusahakan. Syukran pada sahibah yang sudi berbincang, menyelak kembali kenangan dan berkongsi ‘ flow ‘ cerita agar ia dapat mengelakkan salah
faham kami sepanjang bersama dengan kakak tersebut. Jazakillah buat ukhti yang dimaksudkan.(Tu….yang sedang tersenyum…) Moga Allah memberi kefahaman kepada para pembaca seperti mana dengan kefahaman yang Allah inginkan.
Semoga ada manfaatnya disisi Allah. Amen.

Merujuk kepada kata - kata Sayyidina Ali Ra.” Sesiapa yang melihat Baginda saw pada permulaannya akan membesarkannya dan menghormatinya, dan sesiapa yang telah bergaul dengannya dan mengenal kemuliaannya akan mengasihinya
“( dengan kasih yang agung kerana kecantikan dan kesempurnaannya.. )

Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi’ahu ‘ ilmullah.

* Al- Haqirah ilallah Al Ghani *

DATING?

Filed under: Uncategorized — nurfakhzan at 2:03 pm on Tuesday, May 20, 2008

I don’t know, should I spill it on the bean? On one hand, it feels relieve if it is being broadcast, on the other, it will raise a lot of unnecessary questions. Sensational. Scandalous.

This morning, a mystery man who doesn’t even have a courtesy to introduce himself asks me to join him for breakfast. He just flashes his dazzling smile when I inquire him who he is, and tell me that he’s neo-classical economics. And voila, his twin, classical economics also has asked me to walk along to the library. Huh. It’s difficult to differentiate them; you really-really need to closely scrutinize the features and peculiar traits!

And the delightful, good-looking Ravenstein’s Gravity Model also, voila, has requested my royal presence for joining him to a private Viewing of an exhibition of Paintings and Ceramics by the pupils of

Spennymoor

School

, which will be held today at my school. 6pm sharp, he reminds me. Goodness. He’s very nice, but…

And the other three gentlemen, who are fighting for taking me out for lunch today, are sulking sullenly. Voila! Really, they are behaving like a three-year toddler, but extremely attractive toddlers, I can’t decide which one you know, perhaps you can help me? The handsome blond is Stouffer’s Model of Immigration, the beautiful green-eyes is Lewis’s Dual Economy Model of Economics Development (I’m still baffle with what does he see in me, as I’m more on immigration-type men, not the development-type men…opss…another way around), and the last, but dangerously alluring black-jet hair is Todaro’s Model. He has a brother, which is equally charming, Harris-Todaro Model, but unfortunately he already has a thing for another lady!

The elegant Human Capital Theory also manages to ask me out for tea. I almost consider accepting his invitation, but I believe he has a personality disorder. I mean, I’m not so sure who is he at the certain time, sometimes he can be Adam Smith, or Karl Marx, or A. W. Lewis, or Arthur Cecil Pigou, or Jacob Mincer. Sometimes, he boosts that he is Gary Becker. Gery Becker? Hello! How could you be him?

And the coolest guy on earth, who awakes my curiosity by just introduces himself as NELM. And I have to go to wikipedia to search who he is, he’s The New Economics of Labor Migration. And after I google him for sometimes, urgh…no thank. I mean, he has too many emotional baggage – socioeconomic conditions, like familial arrangements, credit and capital markets, and migration-specific human and social capital stocks of migrants which vary conspicuously.

And Owh My God, the most gorgeous men also have asked me out for dinner. They are known as The World Systems Theory. A gang perhaps? There are four of them, Samir Amin, Giovanni Arrighi, Andre Gunder Frank and Immanuel Wallerstein. Voila! Let’s don’t embarrass yourself Fakhzan Marwan, by going out with any of them. You know you can’t even pronounce their names, let alone speaking German with them. Ija, perhaps we can have a double date here? J J J

Ehm…my mother will kill me if I ever decide to go out with any of them…not only they are exceptionally confusing, they are awfully hard to be understood. It will take a tremendous effort to love any one of them. I guess, I have to find another simple man then.

And you! Who will you date then?

ADEH

Filed under: Uncategorized — nurfakhzan at 8:34 am on Sunday, May 18, 2008

WHAT? SO AM I AN ECONOMICS ATHEIST? I THINK I’M BECOMING ONE!

HEHEHHEHE….CANT WAIT TO SEE MY ACADEMIC WORKS…

WHAT DO I WANT? HUH

YEAH CALVIN..THAT’S REALLY INSPRIING!

YEAH, LIKE MY NEW PHD FRIEND - YUOSSRY FROM EGYPT (DOING ARCHAEOLOGY), THE MORE THAT WE READ, THE MORE THAT WE BECOME CONFUSE!

AM I BEING CYNICAL DUE TO THE EDUCATION SYSTEM?

YEAH…GOOD THINKING CALVIN!

WELL…I BETTER GO BACK TO MY READINGS..

I AM A NOBODY?

Filed under: Uncategorized — nurfakhzan at 2:06 pm on Saturday, May 17, 2008

Salam Pembaca yang dimuliakan. Semuga iman menjadi pegangan hari ini. Semuga Allah menjadi segala-galanya untuk anda.

When someone, who I believe is, bapok pandai nyer, bapok baik nyer, said that s/he is a nobody, it compels me to think.

In a long way from a library, I think, reason, contemplate, ponder, meditate, mull over, weigh up, ruminate, cogitate and reflect that statement.

It hurts me in a way that I could never explain. And imagine. And justify. And rationalize.

How could you say that you are a nobody?

LUCID DREAMING

Filed under: Uncategorized — nurfakhzan at 7:51 am on Saturday, May 17, 2008

Bismillahhir-Rahman nir-Rahim

Pembaca yang dimuliakan, ada yang kucintai sesungguh hati, ada yang ku rindu bagai separuh mati, ada yang ku ingat separuh sedar, ada yang tidak mahu ku ingat tetapi tetap menjelma di bawah pemikiran ku, tapi semuanya berada dalam du’aku. Moga-moga kita berada dibawah lembayung Rahmat-NYA yang tiada taranya.

Semalam, aku diperkenalkan dengan konsep lucid dreaming. Iya, aku suka saja konsep mimpi. Lebih-lebih lagi yang ditulis oleh kau, Kak (rujuk: http://wadikita.blogspot.com/search/label/mimpi). Antara kandungan nya - “Allah memegang jiwa ketika matinya dan jiwa yang belum mati di waktu tidurnya……”. (Az-Zumar:42).

Mahu apa dibimbangi lagi? Jiwaku ditangan Tuhan Rabbul Izzati sewaktu tidurku. Aku suka konsep itu, walaupun aneh-aneh sahaja mimpi-mimpi ku selalu. Mana mungkin aku takut, jiwa ku ditangan Tuhan Maha Pengasih yang takkan mendustakan sifat-NYA!

Lucid dreaming (bagi yang mahu tahu lebih lanjut boleh merujuk - http://en.wikipedia.org/wiki/Lucid_dreaming) adalah mimpi dimana kita boleh mengusai mimpi kita. Kita sedar kita sedang bermimpi. Dan kita boleh membuat apa sahaja, memanggil siapa sahaja, bersama apa jua. Wah! Rindukan si buah hati? Panggil sahaja dia di dalam mimpimu (Adakah ini yang selalu kau praktis kan Kak?) Mahu makan apa sahaja yang tidak mampu dibeli? Arahkan sahaja focus mu sebelum tidur ke TESCO, dan bayangkan cheese cake, chocolate cheese cake, spaghetti Bolognese, atau sahaja, ketam masak cili padi masakan Emak! Atau Laksa atau mee bandung di Medan MARA Teluk Intan (ini selalu sahaja ku beli bersama adik bungsu ku itu) dan jua pisang goreng!

Dan malam tadi, kerana aku telah melangkau batas waktu tidur ku, aku tidak boleh tidur. Makanya, teringat aku dengan konsep ini, aku cuba memanggil beberapa konsep ekonomi :  Spatial distribution, autocorrelation, 3SLS, Static vs Dynamic Modelling. Hairan, tidak pula muncul dalam mimpiku!

Dan kamu, mimpi malam tadi deh? J

LAPIS LAZULLI

Filed under: Uncategorized — nurfakhzan at 9:23 am on Thursday, May 15, 2008

Bismillahhir-Rahman nir-Rahim,

Moga kita diberi cahaya, dari hadapan, belakang, kanan, kiri, diatas dan dibawah. Di dalam darah, urat-urat, tulang-tulang, rambut, kulit dan semua sel-sel kita. Ayuh gerakkan nya dengan zikir cahaya Nur-NYA.

Aku baru pulang dari library, cuaca nya 12 darjah celcius! Lengkap dengan sarung tangan, sepanjang perjalanan pulang ke kolej, aku menelefon adikku Aishah, untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Banyak kali ku dail, tidak berangkat. Akhirnya, gue telefon Emak, dan terbongkar lah rahsia bahawa call ku appears as "CALL 1". Yoyol menyatakan, ada sms mengingatkan bahawa jangan mengangkat telefon "CALL 1", takut ada sihir dihantar. Adeh, karut marut sungguh! Moga2 adik2 ku dilindungi dari syirik kecil!

Kemudian membuka YM, tertera offline msg:

salam sis, just to say hi to my lapis lazulli

LAPIS LAZULLI?

Apa itu? Kuih koci lagik kah? Hehehe…dan aku membuka blog kegemaran ku…Dan tertera entri yang sangat ku suka, izinkan aku paparkan disini kak, moga ada manafaat nya pada seluruh pembaca yang dimuliakan ini http://wadikita.blogspot.com/2007/08/mahu-tersenyum.html…tapi..LAZULLI itu apa? Dan sungguh mata ku berkaca-kaca membacanya. Kasih sayang yang melimpah ruang, tanpa batasan dan ruang waktu, tanpa jarak. Aura kasih sayang mu berhembus lembut hingga ke sini. Moga-moga kita tergolong dalam golongan akhilla. Salam Sayang.

______________________________________________________________

Dedikasi untuk sahabat. Kamu adalah lapis lazulli, moga satu hari akan bersinar terang sehingga menyilau mata orang yang memandang. Gambate! Juang ajo, jangan lelah!

Kawan-kawan saya, mereka yang dihimpit rusuh. Tiada satu dalam kamus harian mereka tanpa ujian, kadangkala terlalu mencabar, kadangkala kecil tapi disebabkan amarah, hati dan bibir selalu saja merungut. Merungut untuk melepaskan tekanan, bukan untuk mencipta polemik.

Akhirnya saya melihat mereka dengan tersenyum. Saya bertuah sebenarnya dianugerahi dengan rakan-rakan jenis ini. Dalam tidak sedar saya berada di sekeliling mereka yang sedang dan bakal mencipta kehebatan, mungkin juga sejarah. Benar! Saya percaya ini dengan sungguh-sungguh.

Mengapa? Kerana fitrah duniawi sejak dunia tercipta seperti ini; mereka yang dibeban tekanan dan ujian adalah mereka yang terpilih.

Sama seperti batuan bumi yang paling diiktiraf dunia: berlian atau dalam Bahasa Inggerisnya: Diamond (pada rakan-rakan saya yang tidak berapa fasih Bahasa Melayu, berlian = diamond). Jika mengintimi maklumat geologi, anda akan segera tahu bumi adalah seperti ini. Lapis pertama di bawah kaki anda sehingga sejauh 100 ke 120 km ke bawah, apa yang kita panggil kerak bumi atau dalam terminologi litosfera. Bawah dari litosfera akan ada lapis mantel setebal lebih kurang 2900 km. Kemudian barulah kita akan bertemu dengan teras bumi. Jika masih lagi tidak berapa pasti mungkin gambar-gambar akan membantu.

Perjalanan vertikal jauh ke teras bumi bukanlah perjalanan yang mudah, mungkin hampir mustahil. Seperti ketika menyelam dalam air laut yang dalam, seperti itulah kesan yang akan dialami jika mahu mencabar bumi. Selain dari tekanan dari semua arah, suhu juga akan meningkat. Peningkatan suhu ini juga bukan calang-calang, bayangkan suhu yang mampu mencairkan batu; itulah suhu perjalanan ke dalam bumi. Lalu apakah kaitannya dengan berlian dan rakan-rakan saya yang dihimpit rusuh?

Berlian cuma akan terbentuk seperti ini; kebanyakkan berlian terbentuk hasil daripada kerak bumi yang mencair dan bergerak menuju ke lapis mantel. Di mana, di sini adalah tempat karbon boleh berubah menjadi cecair. Diberitakan tekanan di sini sangat tinggi antara 45 hingga 60 kilo bar, juga dengan suhu yang mencapai 1300 darjah selsius. Kerana itu tidak hairan apabila meneliti kata asal berlian (diamond) dari perkataan Greek, adamas yang bermaksud tidak boleh dimusnahkan.

Rakan-rakan saya yang dikirim perhatian khusus dari langit, sama seperti berlian. Seperti struktur belian yang dikenali sebagai struktur batuan paling sempurna di dunia (flawless), seperti itulah mereka. Sama seperti berlian, pembentukannya di dalam mantel bumi dengan suhu dan tekanan yang hebat, seperti itulah ujian dan musibah yang ditimpakan kepada mereka. Seperti mana berlian yang akan keluar ke permukaan bumi selepas berlaku kejadian perubahan geologi bumi (gempa bumi, gunung berapi), seperti itulah mereka akan menwarnai bumi dengan ilmu, hikmah, kebijaksanaan, kasih sayang dan cinta!

Rakan-rakan saya yang dipertemukan kerana cinta, dan saya mencintai mereka. Saya mahu tersenyum, kerana ujian yang ditimpakan pada anda tidak lain hanya akan merubah anda. Perubahan itu saya yakin sungguh-sungguh bersifat kimiawi. Dari satu logam ke menjadi satu logam yang lain (logam yang lebih baik tentunya). Perubahan itu saya yakin akan juga bersifat membangun. Ia akan dapat membangun suatu wujud menjadi wujud yang lain. Ia juga menjadi agen perubahan; iaitu merubah sesuatu yang lemah menjadi kuat, yang rendah menjadi tinggi, dan yang mentah menjadi matang.

Paling penting, ia punya karakter menjernihkan. Sungai yang hidup dan jernih sudah pasti dapat menghilangkan pelbagai kotoran dan kekeruhan.

Kerana segalanya, ia akan mempunyai sifat menggerakkan, menciptakan kewaspadaan dan kesensitifan, juga menghilangkan kelemahan.

Rakan-rakan saya, yang dipertemukan kerana cinta dan saya mencintai mereka. Saya akan terus tersenyum, sehingga satu hari anda akan kembang mekar, seperti kuntum bunga silver sword yang hidup antara celah rekahan aliran gunung berapi, dan anda akan pasti, menceriakan dunia dengan hak, dengan sumpah janji setia anda dengan Tuhan!

Sehingga saat itu, saya akan terus tersenyum.

DAISIES DAN BUNGA BIRU!

Filed under: Uncategorized — nurfakhzan at 3:54 pm on Tuesday, May 13, 2008

Daisy n Friends

Bismillahhir-Rahman nir-Rahim…

Aku berlindung dibawah sifat ar-Rahman dan ar-Rahim mu Ya Allah, peliharalah aku dibawah benteng-Mu yang tak kan tergugah. Jua kepada tetamu ziarah ini.

Mari bertafakur sebentar sahabat-sahabatku, menghadiahkan al-Fatihah kepada semua mangsa gempa bumi yang beragama Islam di China, kerana ku yakin, pasti ada diantara mereka yang saudara se-Islam kita. Tidak dapat kubayangkan kedahsyatan kesedihan hati mereka yang kehilangan segala-galanya, baik manusia yang dicintai, dekat dihati, harta menda dan segala-galanya. Tapi iya, pembaca yang dimuliakan - "kamu akan sungguh-sungguh diuji terhadap hartamu dan dirimu.." Ali-Imran:186…kata-kata ini jua menjadi pegangan dan azimat ku sehingga hari dalam mengharungi hidup ini. Dan ku harap jua ia menjadi sebahagian dari hidup mu.

Dalam menghadiahkan al-Fatihah, sedari kecil aku selalu terbayangkan, bagaimana mungkin pahala nya boleh disedekah kan kepada semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup atau pun yang sudah menuju ke negari abadi? Sejak dari zaman Nabi Adam s.a lagi? Cukupkah pahala itu? Kini aku mengerti, pahala itu tidak terbatas, melimpah ruah melebihi buih dilautan, pasir di gurun atau bintang-bintang  satu semesta. Mampukah kita mengiranya? Kalau berani, kiralah butiran pasir di depan rumah anda sahaja…heheheh..

Gambar ini ku culik dari blog MACHINA - http://profiles.friendster.com/15790945. Daisies and friends. Ku kira, daisies tidak lagi sendiri. Mempunyai teman biru yang sungguh-sungguh mempesonakan diri. Lihat sahaja structure bunga itu, sungguh diluar pengetahuan ku bagaimana ia boleh terjadi. Bagaimana bunga seindah itu boleh wujud? Daisies itu sangat ceria, sentiasa mekar kembang. Adakah bunga yang lebih ceria dari daisie? Yang sentiasa ketawa dan melambai2 kearahku mengajak menikmati cahaya matahari (sunburn aku dah kat sini)?

Dan kukira, pabila daisies bertasbih, bunga biru itu bertahmid dan bunga kuning itu (kene mention, mungkin akan kecil hati kerana tidak dihargai - sama seperti manusia, yang sebahagiannya mungkin ada sensitif) bertakbir, akan gegak gempitalah bumi ini! Aku selalu sahaja memohon pada Sang Pemurah, kurniakan aku kefahaman atas zikir-zikir yang dilantunkan oleh segala yang ada di langit dan dibumi ini. (Iya, du’a ku kan aneh-aneh sahaja :p). Sesuai dengan firman-NYA - Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Al-Hasyr 1). Alangkah! hebat

"….bertasbih kepadanya Segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (Al-Hasyr 24)"…dan aku sangat pasti daisies dan rerakan baru nya ini pasti tunduk pada yang Esa. Dan kita, yang berada diantara langit dan bumi ini, mana ya zikir kita ? Atau kalau kamu tidak bisa berzikir, ya, nyah sahaja kamu, pergi sahaja dari bumi ini. Bisakah?

Kepada adik-adik yang sangat dekat dihati ku, bersabar lah sayang. Tidak ada kata-kata yang mampu ku luahkan selain ini. Kerana "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira - Al-Zumar:10". Kalian tahu bukan bunda dan ayahanda sangat mencintai kalian? Dan pasti nya sahaja kalian lebih mengetahui bahawa Al-Latiff itu lebih-lebih lagi mencintai kalian? Seharusnya kita harus menjadi manusia yang sangat bersyukur, kerana ada sahaja yang tidak pernah tahu siapa ibu bapa sebenar mereka. Ada sahaja dibohongi ayah dan ibu nya adalah teddy bear nya. Ada sahaja yang kehilangan sedari kecil lagi. Ada sahaja yang tidak pernah mengecapi kemanisan kasih sayang dan sentuhan lembut dari ibu bapa. Sepak terajang maki hamun sudah jadi makanan biasa. Tapi kita, kita sangat mewah dengan kasih sayang, bukan? Hentikan tangisan mu, sekalah air matamu. Jangan lagi bersedih, kerana aura kesedihan mu itu menusuk hatiku. Aku sangat jauh untuk memelukmu dan menguraikan segala kekusutanmu. Aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa pun kecuali dengan kekuatan du’aku ini.

Gantunglah harapanmu pada Ar-Razzak sepenuhnya. Selawatlah, kerana "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang2 beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar2 salam."(Al-Ahzab: 56) . Allah swt sendiri berselawat atas Nabi, masakan kita tidak mahu mengikutinya?

Yakin lah adik-adikku yang sangat ku cintai, du’a orang-orang yang dizalimi itu, tiada hijabnya. Bukan kah kita ada sepertiga malam? Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.“ (Surah al-Isra, ayat 79).

Jadilah seperti daisies yang ceria, dan bunga biru itu yang setia!

Next Page »